Sunday, 16 August 2015

PEMANIS PENYERI KEHIDUPAN ANDA !

PEMANIS PENYERI KEHIDUPAN ANDA !
Sebelum anda baca lebih detail mengenai Stevia, apa kata anda baca fakta-fakta yang tercatit di bawah ini dan renungkan adakah Anda atau Keluarga anda ada yang tergolong di dalam kelompok ini.
FAKTA:
!! Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu.
!! Didapati bahawa satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapinya.
!! Pengambilan pemanis berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik iaitu Diabetes, Hypertension, Obesity dan Metabolic syndrome.


BUKAN senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnos menghidapi diabetes. Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi GULA. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan GULA sepanjang hayat. Lagipun, rasa GULA mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan GULA.
Bagi penghidap diabetes, GULA akan meningkatkan paras GULA dalam darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung.
Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan GULA tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan GULA yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

PEMANIS SEMULAJADI - STEVIA
Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana. Stevia 300 kali lebih manis daripada GULA tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.
Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah SELAMAT dan TIADA KESAN SAMPINGAN. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.
Anda mahu sihat tanpa GULA merbahaya?
Jom tukar GULA kepada PEMANIS STEVIA.
Oder sekarang.
Hubungi 019-234 1857


Saturday, 8 August 2015

GULA PUNCA GEMUK ???

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula?


ANDA WAJIB TAHU.....

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula? Dimana Rasionalnya
Saya nak berkongsi satu kajian yang menarik dari luar negara tentang 
punca obesiti atau gemuk. 

Ia diterbitkan oleh Akhbar Persatuan 
Pengguna Pulau Pinang (CAP) Bulan Apr 2013. Menurutnya, pakar 
kesihatan kini membuat kesimpulan bahawa nasihat 
“lemak adalah buruk” pada tahun 80an tidak membantu menurunkan 
berat badan. Patutlah ramai masih gemuk walaupun telah 
bersenam dan mengurangkan makanan berlemak. Kerana ada sebab 
lain yang merupakan punca kepada obesiti atau gemuk.

Antara puncanya ialah   kerana tubuh mampu menukar gula pada 
lemak badan. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan 
kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama 
insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah 
menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula 
dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah 
punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah 
mengurangkan makanan berlemak.

Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula 
terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan 
gula ia akan membakar GULA dan tidak membakar lemak. Malangnya 
keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. GULA yang tidak 
sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, 
walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi 
membakar GULA terlebih dahulu.

Sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi 
masih lagi gemuk. Maka GULA adalah punca obesiti atau gemuk yang 
anda alami. Amat bijak anda mengurangkan makanan dan minuman 
yang manis untuk kesihatan tubuh badan anda.
Penyelesaianya guna STEVIA sebagai pengganti gula dlm masakan & 
minuman dlm seharian.

 

 
* sumber daripada WhatsApp  group RCC2U






Friday, 7 August 2015

TIPS KAWAL BERAT BADAN TANPA GULA : Oleh Dr. Norman

Mengurangkan berat badan secara sihat

Musim  Hari Raya Aidilfitri telah bermula setelah sebulan kita berpuasa maka kita raikan Aidilfitri dengan pelbagai program seperti rumah terbuka dan ziarah-menziarahi. Budaya masyarakat kita ini ada banyak kelebihannya mengeratkan silaturrahim dan kemesraan sesama kita adalah sesuatu yang dipuji. Janganlah kita menambahkan berat badan yang telah berjaya kita kurangkan dalam Ramadhan yang lepas dengan makan secara berlebihan.


Dalam kita merayakan Aidilfitri , kita perlu berjaga-jaga agar kesihatan kita terus terpelihara dan berat badan kita tidak bertambah dengan mendadak dan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita. Apabila kita mula mendapat masalah berat badan yang berlebihan selalunya kita akan memilih kaedah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang salah iaitu dengan ber’diet’ meninggalkan makan atau mengurangkan jumlah makanan secara mendadak. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan kita. Diantara kesilapan-kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai adalah:


Ber’diet’  secara melampau.
Walaupun terlebih makan adalah diantara punca berat badan berlebihan, tetapi janganlah anda makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan.  Jika anda berlapar terlalu kerap , maka badan anda akan berubah kepada ‘mode kebuluran’ (starvation mode). Metabolisma badan akan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit akan disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ and menjadi kecut. Apabila anda tidak mampu meneruskan ‘berdiet’ yang melampau seperti ini, maka anda akan mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah-tambah dan semuanya akan menjadi lemak. Berat badan anda akan bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya.  Akhirnya , anda berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan dan anda akan gagal menurunkan berat badan anda.


Menurunkan berat badan hanya dengan bersenam
Senaman amat penting untuk menurunkan berat badan, tetapi dengan hanya bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah satu usaha yang sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan yang dimakan akan menyebabkan berat badan amat susah diturunkan malahan berat badan akan bertambah. Ini adalah kerana ramai orang yang mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka bahawa dengan kalori yang telah dibakar maka tidak perlu lagi mengawal jumlah makanan yang diambil. Tidak semua kalori adalah sama. Terdapat sesetangah makanan yang berkalori tinggi tetapi ia membantu menurunkan berat badan seperti minyak zaitun dan minyak kelapa. Terdapat juga makanan yang rendah kalorinya, tetapi ia menyebabkan berat badan susah untuk diturunkan seperli gula pasir. Jika anda ingin menurunkan berat badan secara maksimum, maka jenis makanan yang dimakan dan jumlah pemakanan seharian masih perlu di kawal jumlahnya walaupun anda bersenam. Elakkan makanan atau minuman bergula tinggi walaupun kita bersenam kerana ia akan menyebabkan berat badan susah ntuk turun.





Makan produk yang ‘rendah lemak’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan produk-produk ini baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan. Hakikatnya  produk-produk ini sebenarnya mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan berat badan bertambah. Pengeluar produk-produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka dan tetapi mereka akan menambah kandungan gula untuk membuatkan produk-produk ini lebih sedap.Kajian sains mendapati  sesetengah lemak adalah ebih sihat dan membantu menurunkan berat badan seperti lemak mono tak tepu(MUFA)  daripada kekacang, avocado, minyak zaitun dan lemak omega 3 dari ikan amat baik untuk menurunkan berat badan.  Kajian juga mendapati minyak kelapa yang kaya dengan rantaian trigliserida sederhana (Medium Chain Triglycerides, MCT) juga boeh membantu menurunkan berat badan dengan membekalkan tenaga segera tanpa meningkatkan paras insulin.



Minum minuman ‘diet’ .
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ yang di tambah pemanis gantian tiruan seperti ‘aspartame’ akan menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, USA mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ akan menghadapi  sehingga 70% peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Dalam kajian yang sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41% untuk penggemar minuman ‘diet’ ini. Menurut pakar pemakanan , fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ ini akan meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut telah penuh. Jika mengambil pemanis gantian hendaklah kita ambil selepas makan sesuatu yang berkalori untuk mengelakkan masalah selera bertambah. Minum  air mineral adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan.



Terlalu cepat berputus asa
Jika anda gagal untuk  kali pertama dalam percubaan menurunkan berat badan janganlah terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya mencuba untuk menurunkan berat badan akan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan sedikitpun berat badannya. Buku saya “8 Rahsia menguruskan badan tanpa berdiet”adalah diantara buku yang boleh anda baca untuk mendapat maklumat yang tepat untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat, dapatkan dari saya dengan email: drnormanmlk@yahoo.com.my



Jadikanlah matlamat untuk mendapat kesihatan yang baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan yang baik akan terpancar sebagai kecantikan yang sebenarnya.



JOM TUKAR !
SIHAT TANPA GULA MERBAHAYA !

STEVIA..Pemanis Semulajadi.
Sihat, Selamat, Semulajadi

BAGAIMANA STEVIA DAPAT MENGEMBANGKAN WANG ANDA ???
Hubungi segera : 019.234.1857
(SMS/WHATSAPP)

Thursday, 6 August 2015

BAHAYANYA GULA !

78 Jenis Keburukan Gula Yang Perlu Anda Ketahui !!!




1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Menjejaskan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer



JOM TUKAR !
SIHAT TANPA GULA MERBAHAYA !

STEVIA..Pemanis Semulajadi.
Sihat, Selamat, Semulajadi

BAGAIMANA STEVIA DAPAT MENGEMBANGKAN WANG ANDA ???
Hubungi segera : 019.234.1857
(SMS/WHATSAPP)