Saturday, 8 August 2015

GULA PUNCA GEMUK ???

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula?


ANDA WAJIB TAHU.....

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula? Dimana Rasionalnya
Saya nak berkongsi satu kajian yang menarik dari luar negara tentang 
punca obesiti atau gemuk. 

Ia diterbitkan oleh Akhbar Persatuan 
Pengguna Pulau Pinang (CAP) Bulan Apr 2013. Menurutnya, pakar 
kesihatan kini membuat kesimpulan bahawa nasihat 
“lemak adalah buruk” pada tahun 80an tidak membantu menurunkan 
berat badan. Patutlah ramai masih gemuk walaupun telah 
bersenam dan mengurangkan makanan berlemak. Kerana ada sebab 
lain yang merupakan punca kepada obesiti atau gemuk.

Antara puncanya ialah   kerana tubuh mampu menukar gula pada 
lemak badan. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan 
kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama 
insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah 
menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula 
dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah 
punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah 
mengurangkan makanan berlemak.

Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula 
terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan 
gula ia akan membakar GULA dan tidak membakar lemak. Malangnya 
keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. GULA yang tidak 
sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, 
walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi 
membakar GULA terlebih dahulu.

Sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi 
masih lagi gemuk. Maka GULA adalah punca obesiti atau gemuk yang 
anda alami. Amat bijak anda mengurangkan makanan dan minuman 
yang manis untuk kesihatan tubuh badan anda.
Penyelesaianya guna STEVIA sebagai pengganti gula dlm masakan & 
minuman dlm seharian.

 

 
* sumber daripada WhatsApp  group RCC2U






No comments:

Post a Comment